Soalan Lazim

  1. Konsep Penggunaan di Muslim Village Eco Resort adalah lebih dekat kepada konsep Penyewaan yang biasa kita dengari. Pengguna atau Penduduk perlu membayar Deposit Sekuriti sebelum dapat menggunakan unit tersebut, dan bulanan perlu membayar Sewa.

  2. Semua Pengguna Resort mempunyai Hak Penggunaan Penuh kepada Resort sendiri, namun setiap pembinaan atau pengubahsuaian Resort perlu dinyatakan kepada pihak Pengurusan terlebih dahulu.

  3. Semua Pengguna Resort boleh memilih dan menempah plot Resort setelah selesai pembayaran minima separuh daripada nilai Deposit Sekuriti Resort pilihan.

  4. Pengguna boleh mewariskan Resort kepada sesiapa yang dinyatakan kepada Pengurusan Muslim Village Eco Resort, termasuklah pilihan untuk perwakafan.
  1. Deposit Sekuriti Pengguna Resort merupakan sebuah jaminan untuk penjagaan unit Resort tersebut. Sekiranya Beliau ingin keluar atau serah semula Resort beliau, Deposit Sekuriti ini akan dipulangkan semula kepada Pengguna tersebut setelah ditolak kos baik pulih Resort tersebut.

  2. Deposit Sekuriti akan bersandarkan nilai Malakat Gold (Emas Malakat), dimana nilainya dalam bentuk Ringgit akan berubah mengikut masa.
  1. Yuran Penyelenggaraan di Muslim Village juga dikenali sebagai Sewa Bulanan dan dibayar setahun sekali. Sewa ini dibayar sebulan sebelum memasuki Resort sendiri. Nilai Sewa ini bergantung kepada Resort pilihan Pengguna, dan boleh dijumpai di www.muslimvillage.io
  1. Saudara dan Saudari yang dimuliakan Allah SWT boleh ketahui maksud Eco Resort di www.muslimvillage.io/#konsep

Sertai Muslim Village Eco Resort, Serendah, Selangor.

Daftar minat anda sekarang, plot tanah adalah terhad!